Permainan bola baling berasal dari 
Eropah. Permainan ini merupakan satu permainan yang telah diubahsuai 
dari permainan-permainan seperti Czeska Hasenka di Czehoslovakia, 
Handbold di Denmark dan Korball serta Raffbold di Jerman. Semasa perang 
dunia kedua permainan ini dikenali sebagai Torball yang dimainkan 
seramai tujuh orang. Pada tahun 1917, bilangan pemain telah ditambah 
menjadi sebelas orang dan dimainkan di padang bola sepak. Permainan ini 
telah diasaskan oleh Heizer di Jerman.
Pada tahun 1926, Kesatuan Olahraga Amatur
 Antarabangsa (IAAF) telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk 
menyelaraskan permainan ini. Pada tahun tersebut juga, Kesatuan Bola 
Baling Amatur Antarabangsa (IAHF) telah ditubuhkan oleh Avery Brudge di 
Amsterdam. Seterusnya pada tahun 1936, bola baling buat pertama kalinya 
dipertandingkan dalam sukan Olimpik yang diadakan di Berlin. Enam buah 
negara telah menyertainya dan negara Jerman telah muncul sebagai juara. 
Pada tahun 1938 sekali lagi, Jerman menjadi juara dalam Kejohanan Bola 
Baling Sedunia di mana 10 buah negara telah menyertainya. Pada tahun1946
 (IAHF) telah ditukar kepada Kesatuan Bola Baling Antarabangsa (IHF). 
Kesatuan ini menggalakkan permainan menggunakan tujuh orang sepasukan. 
Sekali lagi Kejohanan Bola Baling Sedunia telah diadakan pada tahun 1956
 dan kali ini Sweden pula telah menjadi juara. Pada tahun 1956, 
undang-undang permainan ini telah diubahsuai dan diguna pakai 
sehinggalah ke hari ini.
Antara negara yang menguasai permainan 
ini ialah Jerman, Yugoslavia, Rusia, Romania, Czechoslovakia, Hungury 
dan juga Poland. Di Asia, Jepun, China dan juga Korea adalah antara 
negara yang terkuat di mana pasukan wanita Korea Selatan telah memenangi
 pingat emas dalam Sukan Olimpik tahun 1988 manakala pasukan lelaki 
telah memenangi pingat perak.
Pada hari ini, sebanyak 68 buah negara telah mendaftar dengan IMF. 
Sementara itu, Kesatuan Bola Baling Asia pula telah ditubuhkan pada 
tahun 1974 semasa Sukan Asia di Teheran sedang berlangsung.. Ibu pejabat
 kesatuan ini ialah di Kuwait.
Permainan bola baling di Malaysia 
dianggap satu permainan yang baru. Ia mula diperkenalkan pada tahun 1976
 oleh Lim Hock Han. Persatuan Bola Baling Olimpik Selangor dan Wilayah 
Persekutuan secara rasminya telah didaftarkan pada 11 Sep. 1985. Cheah 
Hai Su telah dilantik sebagai presiden dan Lian Chin Nam sebagai Naib 
Presiden. Pada tahun 1986 persekutuan ini telah menjadi ahli gabungan 
Kesatuan Bola Baling Asia. Kejohanan Bola Baling Terbuka Selangor dan 
Wilayah Persekutuan yang pertama telah diadakan pada 2 Jun 1982. 
Kejohanan Bola Baling Kebangsaan pula telah diadakan pada 7 Dis. 1985 
dimana 11 pasukan telah mengambil bahagian.
Mulai tahun 1987, permainan bola baling 
telah diterima sebagai satu permainan yang dipertandingkan di peringkat 
kebangsaan di bawah kelolaan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia 
(MSSM). Di peringkat sekolah, MSSM telah menganjurkan dua kursus iaitu 
di Kompleks TUDM, Lumut tahun 1985 dan di Sekolah Menengah Sains 
Selangor pada tahun 1986 untuk melatih guru dari semua negeri dalam 
aspek kejurulatihan dan pengadilan. Di maktab perguruan pula, permainan 
ini telah disenaraikan dalam kegiatan kokurikulum pelajarnya dan menjadi
 salah satu permainan yang dipertandingkan antara maktab-maktab 
perguruan dalam Pestarama Maktab mulai tahun 1985.
Di Malaysia, permainan bola baling mula 
diperkenalkan pada tahun 1976 kepada sekumpulan guru dan pelajar di 
Selangor oleh Encik Lim Hock Han. Ketika itu, beliau bertugas sebagai 
pengarah Bahagian Sukan di Pejabat Pendidikan Selangor dan kemudian di 
Universiti Malaya. Seterusnya satu jawatankuasa kerja bola baling yang 
dipengerusikan oleh Encik Cheah Hai Su dari Unit Pendidikan Jasmani Dan 
Sukan, kementerian Pendidikan telah ditubuhkan pada tahun 1978. sejak 
itu, kursus-kursus bola baling untuk gurur-guru telah dijalankan untuk 
mempopularkan permainan ini di kalangan pelajar sekolah.
Kejohanan Bola Baling Terbuka Selangor 
dan Wilayah Persekutuan bagi lelaki dan wanita buat kali pertama telah 
diadakan pada 2 jun 1982. kejohanan ini telah disertai 12 buah pasukan 
dari Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka, Pahang dan Universiti 
Malaya. Persatuan Bola Baling Olimpik Selangor dan Wilayah Persekutuan 
telah didaftarkan secara rasmi pada 11 september 1982. persekutuan Bola 
Baling Malaysia pula telah didafarkan secara rasmi pada 11 september 
1982. Persekutuan Bola Baling Malaysia pula telah didaftarkan secara 
rasmi pada tahun 1985. di peringlat sekolah, MSSM telah menganjurkan dua
 kursus bola baling bagi melatih guru dalam aspek pengadilan dan 
kejurulatihan.
